Utama

Terakhir Dikemaskini

 February 22, 2013, 12:17 pm 

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Kalendar

Statistik Pengguna

Lawat Semalam: 5
Lawat Hari Ini: 0
Jumlah Pelawat: 4921
Maklumat PJK

Image 

Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Kg Setajam, Kuala  Rompin, Pahang mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman  portal komuniti kami. Pusat Jalur Lebar Komuniti merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 Pusat Jalur Lebar Komuniti rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk  Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan PJK sebagai lokasi agar dapat merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.

Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap PJK diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan iaitu isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.

Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan PJK sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

  • e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
  • e-Pembelajaran (e-Learning)
  • Pengumpulan dan pertukaran maklumat
  • Pusat Komunikasi
  • Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
  • Pusat peperiksaan dan persijilan.

 

Image
Bilik Latihan

ImageImage

 

 

 

 

 

 

 

 

Pusat Jalur Lebar Komuniti Kg. Setajam

Pusat Jalur Lebar Komuniti Kg. Setajam terletak di Mukim Endau Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur. Jarak Pusat Jalur Lebar Kg. Setajam dari Bandar Baru Rompin adalah 22km. Kampung Setajam merupakan kampung induk kepada Kg. Lantang, Kg. Mentara, Kg. Setajam Darat dan Kg. Kurnia. Tiga daripada kampung tersebut dan Kg. Setajam sendiri adalah merupakan penempatan kampung tradisional. Manakala Kg. Kurnia merupakan penempatan kampung baru. Jumlah penduduk seramai 1,338 orang, 921 lelaki dan 887 orang perempuan. 100% penduduk di sini berbangsa Melayu. 4 kilometer dari Kg. Setajam adalah bandar atau pekan terdekat yang menjadi nadi kepada kampung ini, iaitu Pekan Endau Johor. Peratusan penduduk mengikut kumpulan umur dapat dibahagikan kepada empat iaitu bawah 20 tahun, 43.4%, 20 - 40 tahun, 19.6%, 41 - 60 tahun, 21% dan 60 tahun ke atas 15.9%.

 

 

ImageImage

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pusat Jalur Lebar Komuniti ini menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk penduduk setempat, antaranya ialah latihan secara percuma kepada ahli yang telah mendaftar sebagai ahli PJK.

Antara perkhidmatan  lain yang disediakan:

  • Kelas pembelajaran secara percuma
  • Khidmat Nasihat ICT
  • Membaca Berita Online
  • Mengiklankan Produk di Internet (IKS)
  • e-kerajaan, e-pelajaran, e-dagang
  • Print ( Hitam/Putih & Warna)
  • Binding
  • Fotostat
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 29 Disember 2011 )
 
Maklumat Am

Kuala Rompin

Kuala Rompin telah menjadi salah satu tempat yang popular di Rompin, Pahang. Kuala Rompin menjadi semakin pesat dengan pelbagai aktiviti di laut dan darat. Kuala rompin ini juga mempunyai keindahan persekitaran yang menyegarkan dan mendamaikan.

Image
Bandar Baru Rompin

Di sini juga pengunjung dapat melihat matahari terbit dari laut selepas subuh dengan panorama yang indah, di tambah pula dengan kicauan burung yang memang sekaligus dapat melapangkan fikiran dan mendamaikan .

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 15 April 2010 )
Baca lagi...
 
Sejarah

Image

 

Sejarah Pahang 

Pada zaman dahulu, negeri Pahang Darul Makmur mempunyai pelbagai nama. Pengarang China menyebutnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong -Fong, Phe-Hang, Pang-Kang dan lain-lain. Pada tahun 1225, Chao Ju-Kua telah mengarang sebuah buku bernama Chu-Fan-Chi, beliau menyatakan di antara beberapa buah negeri yang ditakluki di bawah kuasa San-fo-chi ialah negeri yang bernama Peng-keng. Peng-keng itu ialah negeri Pahang Darul Makmur.

Orang Arab dan orang Eropah zaman dahulu menyebut Pam, Pan, Phang, Paam, Pao, Paon, Phaan, Paham, Fanhan, Phang dan Pahagh. G.R. Tibbetts, seorang ahli sejarah yang mengulas kisah yang ditulis dengan huruf Arab dalam buku karangan Mas'udi itu pada pendapat Tibbetts ialah Pahang. Dia lebih setuju menyebut perkataan Fanjab itu sebagai Fanhan, Panghang atau Panhang. Semuanya itu dimaksudkan Pahang. Ada setengah pendapat menyatakan Pahang berasal dari bahasa Siam asli ertinya timah. Orang Siam asli yang dulunya mendiami negeri ini dengan membuka lombong bijih timah terutama di Sungai Lembing.

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 15 April 2010 )
Baca lagi...